PERATURAN YANG PERLU DIIKUTI OLEH PEMINJAM BUKU
· Menulis nama di ruang yang disediakanpada setiap buku.
• Membalut buku dengan pembalut plastik.
• Tidak meninggalkan buku di merata-rata tempat dan di bilik darjah sewaktu lepas sekolah
atau cuti persekolahan.
• Membawa buku ke sekolah sewaktu mata pelajaran berkenaan dijalankan.
• Tidak memberi pinjam kepada pelajar lain.
• Memastikan buku sentiasa berada di dalam keadaan baik dan selamat.
• Mengganti balik buku-buku yang hilang .
• Menghantar buku tepat pada tarikh yang ditetapkan.
**Dimaklumkan juga bahawa mana-mana pelajar yang tidak membalut buku teks dan
meninggalkan buku teks mereka di dalam meja / laci, pihak sekolah berhak untuk merampas dan mengambil tindakan. Pelajar yang berkenaan akan diambil tindakan seperti berikut.
• Pelajar diberi amaran.
• Pelajar dikehendaki membayar denda RM 1.00 ( Satu Ringgit sahaja ) untuk setiap buku teks yang dirampas.
• Sekiranya pelajar tidak menuntut buku-buku tersebut, pada akhir tahun nanti pelajar
dikehendaki membayar harga bagi setiap buku yang dirampas.
No comments:
Post a Comment